RPA KE : CAPAN PEMANDANGAN

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI ( RPA )

NAMA AGENSI LATIHAN :


BIDANG : KREATIVITI DAN ESTETIKA


Nama Peserta : Neesa Halim
No. K/Pengenalan :
Tarikh / Hari :
Masa : 9.00 a.m. hingga 9.30 a.m.
Umur : 3 Tahun
Bil Kanak-Kanak : 3
Tema : Alam
Tajuk : Cantiknya bunga itu

Bidang Pembelajaran Fokus : Kreativiti dan Estetika

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah boleh menyebut warna asas

Objektif :

1) Kanak-kanak boleh menghasilkan corak pemandangan mengikut kreativiti (KE)
2) Kanak-kanak boleh mengecap bahan-bahan ke atas kain putih (fizikal)
3) Kanak kanak boleh membezakan warna yang digunakan (AMPL)
4) Kanak-kanak boleh menceritakan tentang bunga dan pemandangan (BKLA)

Senarai Bahan / Alat :

Ruang aktiviti :
Sudut Seni Taska

1) Warna Air
2) Apron
3) Hiasan kotak – Bentuk bulat
4) Hiasan kotak – Bentuk daun
5) Hiasan Kotak – bentuk bunga
6) Alas meja
7) Berus warna air
8) Kertas A4/ kain putih
9) Gambar bunga

Langkah-Langkah Pelaksanaan:

Permulaan Aktiviti

1) Pendidik membawa kanak-kanak ke sudut seni
2) Pendidik beramah mesra dengan kanak-kanak dan memastikan kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat.
3) Pendidik bersama-sama kanak-kanak melakukan senaman regangan diiringi lagu ‘Teddy Bear Teddy Bear Turn around, Teddy Bear Teddy Bear touch the ground, jump up high, go upstairs, prepare to do good activities

Kandungan

4) Pendidik memberitahu dan menerangkan aktiviti yang ingin dilakukan.
5) Pendidik mengeluarkan dan memperkenalkan bahan yang ingin digunakan kepada kanak-kanak.
6) Pendidik menggalakkan kanak-kanak menyebut nama nama bahan-bahan yang disediakan oleh pendidik.
7) Pendidik bertanya soalan kepada kanak-kanak, ”siapa pernah tengok bunga?”
8) Pendidik menunjukkan gambar beberapa jenis bunga.
9) kanak kanak digalakkan meyebut nama nama bunga.
10) Pendidik memuji kanak kanak kerana dapat melakukannya aktiviti dengan baik sekali.
11) Pendidik bercerita akan menjalankan mengecap menggunakan bahan-bahan yang disediakam oleh pendidik
12) Kanak-kanak digalakan untuk berkongsi bahan seperti bahan mengecap dan warna air
13) Pendidik bertanya setiap kanak-kanak warna yang di pilih.
“Ini warna apa?”
“Siapa tahu warna yang teacher pegang ini warna apa?”
14) Pendidik memuji kanak kanak kerana dapat membezakan warna dengan baik
“Bagusnya anak teacher”
15) Kanak-kanak boleh menekan bahan tersebut di atas kertas /kain putih yang disediakan oleh pendidik
16) Kanak kanak diberi peluang untuk mengecap bahan bahan tersebut amengikut kreativiti membentuk corak pemandangan.
17) Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai corak yang dibuat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan untuk bercerita pengalaman mereka atau idea mereka mengenai corak pemandangan yang dihasilakan
18) Kanak kanak menjawab dengan pelbagai jawapan,
19) Pendidik menceritakan secara ringkas tentang pemandangan yang indah adalah anugerah dari tuhan. Pendidik memberitahu kita sebagai manusia perlu menjaga dan sentiasa bersyukur dengan nikmat pemandangan yang indah.
20) Pendidik memberikan pujian kepada kanak-kanak setelah selesai melakukan aktiviti.

Pelan Kontingensi:


● Jika kanak-kanak tidak dapat mengecap kerana pilihan warna tiada. Pendidik mengalakkan kanak-kanak untuk memilijh warna lain. Warna lain pun cantik. pendidik haruslah memberi galakkan kepada kanak-kanak tersebut.

  1. PENUTUP

1) Pendidik menggalakkan kanak-kanak untuk menceritakan semula aktiviti yang mereka telah lakukan.

2) Pendidik mengimbas kembali aktiviti dengan bertanya soalan tentang kebaikan bahan yang digunakan kepada kanak-kanak..

3) Pendidik bersama-sama kanak-kanak mengemas peralatan aktiviti dan mencuci tangan.

Perhatian :-

  1. Keselamatan

● Pendidik haruslah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang melakukan aktiviti untuk mengelakkan kanak-kanak daripada kecederan dan kemalangan.
● Pastikan sudut aktiviti kanak-kanak dan bahan yang ingin digunakan adalah selamat.

  1. Kebersihan

● Pastikan sudut aktiviti kanak-kanak dan bahan yang ingin digunakan adalah bersih sebelum, semasa dan sesudah melakukan aktiviti.

  1. Kesihatan

● Pastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti.

MARKAH RPA : ………. / 30 markah

Nama Jurulatih : …………………………………………………………………
Tandatangan : …………………………………………………………………

Hasil dari anak berumur tiga tahun

Refleksi : …… / 15 markah

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Design a site like this with WordPress.com
Get started