Memahami kerisauan dan ketakutan dalam jiwa kanak-kanak

Menghadapi pengalaman yang merisaukan tentang sekolah/tadika/taska ialah sesuatu kebiasaan pada kanak-kanak. Pembelajaran yang aktif dalam meniru tingkahlaku sangat membantu kanak-kanak untuk memahami fikiran dan tingkahlaku serta sikap yang risau dan dapat mengurus perkara tersebut dengan baik.

Apabila kanak-kanak yang sentiasa risau akan sentiasa menghadapi ketidakupayaan untuk mengatasi masalah dengan baik, kurang keyakinan dan sentiasa merasa diri lemah (atau merasa diri tidak bagus).

Mendidik kanak-kanak dengan aktif dalam mengatasi masalah, mengatasi kegusaran,membina keyakinan serta menghargai diri secara konsisten akan membantu meningkatkan kesihatan emosi dan jasmani (fizikal) kanak-kanak.

Cara-cara atau tips intervensi dalam membantu meningkatkan kesihatan emosi dan jasmani (fizikal) kanak-kanak ialah :

  • Meningkatkan kefahaman pemikiran yang positif dalam mengatasi kegusaran dan kerisauan
  • Sentiasa aktif dalam menyelesaikan masalah dengan cuba menunjukkan kemahiran dengan baik
  • Penghargaan diri sentiasa dapat membantu perubahan yang positif pada kanak-kanak

Semak semula atau membuat penilaian semula juga dapat membantu mengubah kanak-kanak berfikir terhadap situasi berbanding mengubah impak emosi. Ini adalah membenarkan kanak-kanak itu sendiri lebih fokus terhadap tujuan utama dalam membuat sesuatu perkara.

Apabila kanak-kanak itu sentiasa berperang dengan karakter kerisauan yang tingi atau merasakan diri tidak berguna akan menyebabkan kanak-kanak akan bertindak untuk menghalang diri daripada berfikir atau berhenti merasai sesuatu dan menyebabkan negatif emosi seperti berdendam dalam memikirkan strategi untuk menguruskan emosi itu adalah baik. Apabila kanak-kanak mulai mengelak atau menyembunyikan emosi diri dari bereaksi daripada yang lain.

Kanak-kanak yang meletakkan kerisauan itu jauh dari pemikiran mereka sendiri akan lebih berusaha mengurangkan menghadapi atau mengalami emosi negatif dan ini akan menyebabkan kanak-kanak dapat meningkatkan pengurusan stress dengan baik.

Intervensi yang boleh meningkatkan kesihatan mental yang sihat :

  • Ketenangan
  • Memahami kerisauan
  • Sentiasa mempraktikkan perbualan diri yang positif (positive self-talk)
  • Menghadapi ketakutan dan sentisa berani
  • Toleransi dalam mencari cara untuk mengawal emosi dengan cara / teknik yang berkesan

Isolasi / Keseimbangan meningkatkan dalam pembelajaran – perhubungan yang berkualiti akan memberikan impak yang positif pada kanak-kanak hasilnya.

  • Menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan
  • Senaman yang tenang
  • Membantu kanak-kanak dalam mencari jalan dan berkongsi tahap kerisauan dan ketakutan yang mereka hadapi dengan mencipta senarai langkah-langkah yang positif untuk kanak-kanak menghadapi kerisauan.
  • PErbincangan yang positif dan menyenaraikan pemikiran yang negatif
  • Membantu kanak-kanak mempelajari organisasi dan mempelajari teknik dalam menguruskan kerja mereka.
  • Menggalakkan kanak-kanak bermain dengan alam. Alam membantu kanak-kanak lebih fokus dan lebih berimaginasi

Peranan ibu bapa di rumah untuk kolaborasi bersama sekolah/taska/tadika

  • Membantu kanak-kanak dalam merefleks dengan bertanya pelbagai soalan
  • Memeriksa tahap kerisauan/kegusaran dan ketakutan anak di rumah
  • Membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah
  • Membantu anak-anak dalam mengubah pemikiran negatif
  • Menggalakkan anak-anak untuk lebih berani
  • Memerhati kanak-kanak sekiranya kanak-kanak merasa stress
  • Apabila kanak-kanak keluar dari zon selesa pastikan ibu bapa memberikan galakan dengan sesuatu yang baru/ semangat baru/sanggup hadapi risiko.
  • Membantu anak-anak dengan refleksi aktiviti yang telah dibuat/dijalankan dengan bertanya pada kanak-kanak.
    • Bagaimana hari tersebut?
    • Ada perkara yang baik berlaku ker?
    • Apa yang dipelajari dari kesilapan yang di buat?
    • Apa perkara yang telah disyukuri?
  • BErkomunikasi dengan pendidik sentiasa.

Neesa Halim

NH Elegant

Konsultansi dan Trainer

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Design a site like this with WordPress.com
Get started