7S Membentuk anak-anak Hebat

1. Sayang-menyayangi

  • Bina sebuah keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia
  • Pelajari cara mendidik anak agar mendengar kata tanpa perlu kita menjerit atau berleter
  • Kurangkan tekanan ke atas anak-anak namun masih mampu menggalakkan mereka menjadi cemerlang
  • Pupuk anak remaja sopan dan berbudi bahasa

2. Sekatan dan sukatan

  • Didik anak supaya mendengar kata, berdisplin dan bertanggungjawab
  • Tangani masalah terlalu banyak, masa digunakan untuk menonton TV, bermain komputer atau bermain video
  • Wujudkan satu sistem ‘hadiah’ dan hukuman yang berkesan
  • Hapuskan risiko anak-anak menjadi ‘rempit’, kaki lepak, pembuli dan penagih dadah

3. studi/search secara bijak

  • Tingkatkan pencapaian markah hanya dalam masa satu hingga tiga bulan sahaja
  • Membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak mereka untuk di ambil tindakan sewajarnya
  • Pelajari cara mengklasifikasikan mata pelajaran dan membuat perancangan sewajarnya
  • Tidak lagi perlu bertungkus lumus ketika peperiksaan hampir tiba

4. Santai bersama keluarga

  • Tingkakan jalinan keluarga dengan serta merta
  • Lahirkan keluarga yang senantiasa ceria
  • Temui kehidupan baru
  • Perbaharui tenaga dan bersedia terima yang lebih hebat

Semaikan Bakat Kepimpinan

  • Membentuk anak anda menjadi pemimpin di masa hadapan
  • Membina tahap keyakinan yang tinggi
  • Melatih anak yang gementar menjadi seorang pemidato berwibawa
  • Memberi satu hala tuju hidup yang jitu

6. Sumbangkan kepada masyarakat

  • Pelajari cara-cara berkesan untuk menyumbangkan kepada masyarakat
  • Ketahui ibu bapa lain lakukan untuk memberikan faedah jangka panjang kepada masyarakat
  • Perolehi inspirasi daripada kisah-kisah benar mereka

7. Serahkan kepada Tuhan

  • Pelajari cara bersyukur dan berserah kepada tuhan
  • Tanamkan nilai murni dalam jiwa anak-anak
  • Nikmati ketenangan jiwa walau apapun yang berlaku

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Design a site like this with WordPress.com
Get started