Kulit merupakan pertahanan pertama untuk sistem imunisasi. Kulit membantu dalam menghalanbg bahan-bahan luaran dan melindungi tisu serta organ dari bakteria atau jangkitan. Kulit juga merembeskan cecair anti bakteria seperti sebum dan peluh.
Kulit secara semulajadi mengalami proses pembaharuan dimana sel kulit akan mati dan di buang besama mikrob dan virus yang berbahaya. Kulit baru akan tumbuh semula. Namun demikian, semakin kita meningkat usia ini akan membuatkan pembaharuan sel kulit makin menurun. Maka, sel mati akan berkumpul di permukaan kulit. Dan menyebabkan kulit kelihatan bekerak, kusam dan kasar.
Sekiramya kulit mati tidak dibuang secara normal dan ini akan menyumbatkan pori-pori kulit. Ini akan menghalang laluan secara mudah untuk sebum daripada kalenjar minyak (sebaceous glands) ke permukaan kulit. ini akan menyebabkan faktor sel kuli mati tersumbat dan menyebabkan terkumpulnya sebum, bakteria dan bahan buangan kimia (debris). Bahan yang terkumpul ini akan menjadi blackhead (bintik hitam)di mana permukaan yang tersumbat akan mengalami proses pengoksidaan dan bertukar menjadi hitam apabila terdedah dengan udara. Sekiranya dibiarkan, bintik hitam di muka ini akan membentuk jerawat dan ini juga akan lebih kepada kes teruk iaitu masalahkulit berjerawat. Semakin banyak sel sel mati, sebum dan kotoran di permukaan kulit dan ditambahkan dengan pori yang luka maka ini akan menghasilkan jerawat tyersebut menjadi besar.
Masalah jerawat ini akan memakan sebum dengan cepat di bawah kurang oksigen di persekitaran. Pori yang tersumbat berlaku apabilaada proliferasi sel (gandaan penghasilan bakteria, sebum dan sel kulit mati pada sel kulit) akan menghalang oksigen masuk ke dalam pori dan ini akan menghasilkan kulit tiada sentuhan oksigen. Apabila ini berlaku bakteria akan menyebabkankulit yang dijangkiti tersebut menjadi merah,bengkak dan cecair. Masalah jerawat ini akan menyebabkan bekas walaupun ia sudah sembuh.
Apabila kulit tersebut dapat mengeluarkan sel lama ataupun sel kulit mati di permukaan kulit(exfoliation) akan memudahkan pembaharuan sel kulit. Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria dan membentuk jerawat dan masalah jerawat pada kulit. Ini sangat penting pada individu yang mempunyai masalah kulit yang menghasilkan jerawat.


